Friday, September 5, 2008

"PALESTIN : MASIHKAH KAU INGAT??"



Salam...




ayuh!! kita bicara isu palestin...


Alhamdulillah tanggal 4hb september 2008, karisma ukmKL telah berjaya mengadakan ceramah "Palestin : Masihkah kau Ingat?" di surau D kolej tun syed nasir di bawah kelolaan akh tantawi jauhari( ameer K-UKMKL). walaupun pada asalnya, ceramah akan diadakan di dewan serbaguna....tetapi pada malam tu dewan tu terpaksa digunakan untuk peperiksaan.... 'demam exam' belum habis lagi.. apa2 pun ceramah tu masih berjalan dengan lancarnya...


Alhamdulillah..ceramah dimulakan selepas solat isya' dan tarawikh yang diimamkan oleh akh tantawi sendiri... bak kata Dr.hafidzi.. gemersik dan baik hafazannya, bekas pelajar ma'ahad tahfiz al Quran, Al Mannar, Kelantan.. kehadiran pelajar agak memberansangkan dikalangan pelajar puteri berbanding putera... berdasarkan pemerhatian ana...bahagian pelajar puteri sampai bersesak-sesak... tetapi putera mungkin separuh dari bilangan puteri.. Mungkin mereka ada kekangan untuk menghadiri ceramah..




awal ceramah dimulakan dengan suasana yang agak 'slow'... mukaddimah yang bermakna diberi oleh Dr.hafidzi selaku penceramah dan pengerusi PACE... mukaddimah yang penuh dengan saranan2 serta pengharapan yang diletakkan ke atas pelajar yang diberi jolokan 'cream de le cream'... sehinggakan boleh dirasakan suasana yang 'slow' pada awalnya..menjadi 'penuh semangat' dan 'berapi2' dengan kelantangan suara Dr.hafidzi.. sehinggakan terasa beban2 yang lontarkan ...bagaikan bergoncang hati-hati orang yang mendengar.. ana rasa timbalan pengetua dan felo2 yang hadir pun meremang bulu roma...


ana masih ingat kata2 beliau... bahawa mahasiswa perlu menjadi suara masyarakat... menjadi 'speaker'..dan apa yang ana faham dia mahukan mahasiswa untuk menjadi individu yang sensitif, peduli dan lantang dalam isu-isu masyarakat bukan memikirkan isu akademik sahaja! apatah lagi, pelajar yang hadir adalah pelajar jurusan perubatan dan kesihatan.. yang mendapat jolokan profesional..dan suara mereka diterimapakai dalam masyarakat...(terima kasih Dr.Hafidzi ingatkan kami.)seterusnya...


apa yang ana dapat korek dari ingatan ana yang tak seberapa ini ialah sedikit sebanyak tentang sejarah kejatuhan khilafah... penjajahan British dan belanda di Nusantara dan wilayah jajahan islam.. dan perkaitannya dengan jatuhnya negara palestin ke tangan Zionis... yang ironinya, apa yang ana pelajari dalam buku sejarah PMR dan SPM terdapat banyak perbezaan dengan apa yang dikhabarkan oleh Dr.hafidzi... contohnya, perjuangan tok janggut dan tok kenali menentang Akta tanah dan cukai(Buku sejarah PMR) sebenarnya ialah perjuangan menentang penjajahan emperialis yang menjajah tanah milik ummah...menentang kezaliman keatas muslim.. dan lagi best Tok Janggut dan Tok kenali sebenarnya Mujahidin yang alami!...


lagi... peristiwa pembunuhan pejuang2 di Dahagi, singapura.. tiada pula dalam buku teks.. belum lagi masuk isu 'negara bangsa' ataupun 'ideologi kebangsaan'... waaaahhh... banyak sungguh simpang-siur fakta!!




macam panjang sangat pulak tulis... afwan ni 1st time ana tulis... nak tau lagi?? Dr. juga ada menyentuh tentang punca2 kejatuhan ummah...persoalannya..kenapa bilangan kita ramai tetapi tidak mampu untuk melawan segelintir bilangan musuh...sehinggakan nisbah Yahudi: muslim... 1:30000... (kalau ana tersalah dengar sila tegur).. ini berbalik kepada hadith yang pastinya kita semua tahu... umat sekarang diserang oleh penyakit al-wahn : cintakan dunia dan takutkan mati...! nauzubillah minzalik...


akhir sekali, dr. hafidzi mnyentuh tentang kondisi-kondisi saudara kita di Palestin...apa cabaran dan ujian yang mereka hadapi... sedikit pengenalan tentang perjuangan dan jihad di Palestin... dan banyak lagi! di akhiri dengan pesanan drpada sheikh di conference al-aqsa, indonesia :


1) bertakwalah kepada Allah


2) berjalanlah kamu di jalan orang2 yang ikhlas


3) kamu pasti akan dibangkitkan semula dan ditanya oleh Allah s.w.t tentang apa yang telah kamu sumbangkan untuk Al-Aqsa.




senang cite memang best la ceramah... hope after this kita boleh semarakkan lagi semangat dan kepedulian kita tentang isu Palestin..kerana ia bukan semata-mata isu rakyat Palestin atau isu luar negara...tetapi ia isu ummah... isu peribadi!!!







0 comments: