Friday, March 13, 2009

APAKAH HAJAT KEDATANGAN K-PPUKM KE KTSN?

Pada 7 mac 2009 (sabtu), tanzim K-PPUKM turun beramai-ramai ke Kolej Tun Syed Nasir, UKMKL. Tujuan kehadiran mereka tidak lain dan tidak bukan untuk meraikan kehadiran adik-adik 2nd year Medic ke PPUKM tidak lama lagi. Selain itu, pertemuan tanzim K-PPUKM dan juga tanzim K-UKMKL bertujuan untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yg timbul agar tidak di bawa bersama permasalahan tersebut ke PPUKM kelak.

Alhamdulillah, walaupun kehadiran mereka tidak disambut dengan paluan kompang ataupun balingan beras Faiza (macam kahwin pula..), namun senyuman yg terpancar di wajah mereka menunjukkan mereka kaget dgn pelawaan yg diberikan oleh tanzim K-UKMKL.

Segala perjalanan program berjalan dengan lancar. Selepas alu-aluan tuan pengerusi majlis, akhi al-Fatih mula mengalunkan bacaan surah as-Soff beserta terjemahan bagi membangkitkan semangat para ikhwah dan akhawat yg hadir untuk terus bersama-sama membentuk satu binaan melalui tanzim yg kukuh. Ahaks, insyaAllah. Selepas itu, akhi Tantawi bagi tanzim K-UKMKL mula membentangkan senarai tanzim baru yg telah disyurakan walaupun kelihatan aneh dlm senarai tanzim tersebut seterusnya menyenaraikan program-program yg dianjurkan pada sesi lepas. Erm, mungkin keanehan tanzim K-UKMKL ada muslihatnya. Kita nantikan. Selepas itu, akhi Afiq mewakili tanzim K-PPUKM utk membentangkan senarai tanzim baru mereka dan juga senarai aktiviti yg dilakukan sepanjang sesi lepas.

Selepas itu, program diteruskan dgn Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan juga CURHAT (CURahan HATi jiwa raga..) mengikut setiap lujnah atau sekreteriat masing-masing yg telah dibahagikan oleh ukhti Saida. Segala permasalahan yg timbul sepanjang sesi lepas diselesaikan bersama-sama dlm LDK dan CURHAT ini.

Lebih kurang pukul 11 lebih cikit pagi, program diteruskan dengan gimik penyampaian database daripada Pakcik Zainal kepada akhi Afiq dgn diiringi oleh akhi Amirul (JIM ipt Cheras). Selepas itu, Pakcik Zainal menyampaikan slot Rasulullah Qudwah Ikutan (tak ingat tajuk betul..) memandangkan kita akan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW pada hari Isnin. Alhamdulillah, byk input yg diperoleh utk meningkatkan kami utk mencontohi Rasulullah dalam setiap perbuatan kita. InsyaAllah.

Selepas itu, program diakhiri dgn sedikit jamuan iaitu NASI AYAM dan AIR SIRAP.

Kami sangat-sangat tidak mengalu-alukan kedatangan mereka ke KTSN ini memandangkan kehadiran mereka utk merampas sahabat-sahabat kami yg kami sayangi, yg telah kami bentuk jalinan ukhuwah dlm masa satu tahun lebih. Namun, hijrah itu perlu jika ia mendatangakan kebaikan kepada kita. Kami ahli karisma UKMKL yg non-Medic mengucapkan semoga maju jaya kepada semua ahli karisma UKMKL Medic 2nd yr yg akan meniggalkan kami. Adakah ini yg terbaik utk kami? Iye, setiap pertemuan akan berakhir juga dgn perpisahan tetapi jgn dijadikan perpisahan ini sebagai satu faktor utk menghalang ukhuwah kita terus terbina dan juga melemahkan semangat kita utk berdakwah di bumi KTSN dan PPUKM ini.

Semoga kehadiran sahabat-sahabat seperjuangan kami ke PPUKM akan memeriahkan lagi environment dakwah di PPUKM, insyaAllah.

Saturday, October 18, 2008

program UNTUKMU PALESTIN

Friday, October 10, 2008

Ke Arah Kebangkitan Islam..

MUQADDIMAH

Setiap insan dalam perjalanannya menuju kedewasaan pasti akan melalui beberapa peringkat hidup bermula daripada bayi kepada kanak-kanak, remaja hinggalah dewasa. Setiap peringkat ini memiliki ciri-cirinya yang tersendiri. Bayi sentiasa perlukan penjagaan dan perlindungan, kanak-kanak asyik gemar bermain dan bersenda-gurau, remaja pula sentiasa bersemangat manakala dewasa pula matang lagi cermat.
Demikianlah juga dengan orientasi Islami gerakan kebangkitan Islam mutakhir ini. Alhamdulillah, gerakan ini kini sudah mula kelihatan dan dirasai di seluruh pelusuk dunia, sama ada di negara yang majoritinya Islam atau bukan Islam. Akan tetapi jika dianalisa dengan mendalam, boleh dikatakan gerakan kebangkitan ini lebih memiliki ciri-ciri bersemangat dari berilmu, bersifat terburu-buru daripada bertenang, bersifat cuai daripada cermat, dan bersifat baru daripada matang. Dalam ertikata lain, gerakan kebangkitan Islam mutakhir ini lebih mirip kepada ciri-ciri remaja yang dalam perjalanan menuju kedewasaan.

Inilah analisa Syeikh Yusuf al-Qardhawy dan di atas analisa inilah beliau menulis buku khas ini bertujuan membimbing dan menasihat gerakan kebangkitan yang bersifat remaja ini ke arah kedewasaan yang sepenuhnya. Dalam bimbingannya ini, al-Qardhawy telah menggariskan sepuluh titik (point) peralihan utama, iaitu :




1) BERALIH DARIPADA FORMAT DAN SIMBOL KEPADA HAKIKAT DAN KANDUNGAN

Pada zahirnya kelihatan gerakan kebangkitan Islam hanya menumpukan perhatian kepada perkara perkara yang mencorakkan simbol dan meninggalkan isi kandungannya yang jauh lebih penting. Umpamanya, seseorang yang selalu membesar-besarkan kedudukan jari telunjuk di dalam bacaan tasyahud solat,tetapi pada waktu yang sama meninggalkan perbincangan tentang sebab, tujuan dan kepentingan tuntutan solat itu sendiri secara keseluruhannya.


2) BERALIH DARIPADA PERDEBATAN KEPADA PERBUATAN

Sebahagian gerakan Islam gemar membakar tenaga mengungkit kesalahan dan kelemahan gerakan yang lain. Pada waktu yang sama, gerakan itu sendiri tidak berbuat apa-apa atau memberikan alternatif cadangan yang bermanfaat secara menyeluruh kepada Islam dan umatnya. Sikap begini perlu berubah. Tenaga dan masa seharusnya dibakar demi apa-apa kelemahan atau kesalahan gerakan lain seharusnya dibetulkan secara positif. Tidak dinafikan golongan yang suka berdebat ini hanya lahir dari gerakan muda ataupun terseleweng dari asalnya. Bilamana perdebatan ini tidak didasari dengan kewaspadaan dan sikap tolak ansur, maka ia akan berakibat buruk.


3) BERALIH DARIPADA SIKAP EMOSIONAL KEPADA SIKAP ILMIAH

Kerana semangat yang berlandaskan emosi tanpa kematangan yang berlandaskan ilmu, didapati sebahagian gerakan Islam lebih cenderung mengkritik, melabel dan menghukum sesama umat Islam tanpa berlandaskan ilmu yang sebenar. Bahkan dalam tindakan itu sendiri jelas terserlah sifat-sifat kejahilan yang keamatan. Sikap sebegini perlu berubah, seharusnya semangat itu didirikan di atas ilmu dan aqidah atau sekurang-kurangnya selari dengan tahap ilmu. Juga sebahagian pemuda yang bersemangat yang masih cetek ilmunya tampil lantang mengkritik tanpa adab golongan terdahulu secara zalim. Juga tindakan sebahagian gerakan Islam yang kerjanya mencari kesalahan orang dan mengkritik tidak kira masa. Adapun proses taghyir Islami itu tidak diperhatikan, sedang masyarakat alpa dan bosan dengan pertelingkahan ini.


4) BERALIH DARIPADA SIKAP MENUMPUKAN PERHATIAN DALAM MASALAH CABANG KEPADA MASALAH POKOK

Seringkali gerakan Islam menumpukan perhatian hanya kepada masalah cabang,seperti membaca Basmalah dengan kuat atau perlahan di dalam solat berjemaah, tetapi pada waktu yang sama meninggalkan masalah pokok, seperti orang yang tidak bersolat jamaah langsung. Seharusnya gerakan Islam memberi tumpuan yang mendalam kepada masalah pokok dan bersikap toleran dalam masalah cabang. Apa guna mengukuhkan cabang jika pokoknya sendiri amat lemah? Apalah gunanya mengekalkan pendapat dan memaksa orang mengikuti satu pendapat dalam masalah furu’ dan andai ini menjadi sebab larinya manusia dari Islam maka itu akan merugikan dari segi taghyir Islami yang menyeluruh. Perkuatkan tunjang Islam itu, bersatu di atas persamaan.


5) BERALIH DARIPADA SIKAP MENYULITKAN KEPADA SIKAP MEMUDAHKAN

Islam adalah agama yang sentiasa berciri-cirikan kemudahan. Akan tetapi sayang sekali sebahagian gerakan Islam memiliki ciri-ciri menyulitkan sehingga menyebabkan banyak orang menjauhi Islam, umpama mereka ada yang memaksa seseorang yang baru hendak memeluk Islam dengan amalan bersunat/berkhatan, padahal amalan ini bukanlah sepatutnya agenda pertama dalam dakwah kepada kaum bukan Islam. Dalam gerakan Islam sikap ini ternyata begitu penting. Penarikan rijal ke dalam saf perlu mengambil kira semua aspek masyarakat.


6) BERALIH DARIPADA SIKAP JUMUD DAN TAQLID KEPADA SIKAP IJTIHAD DAN PEMBAHARUAN

Di antara gerakan Islam masih ada yang berpendapat bahawa pintu-pintu ijtihad telah ditutup dan pembaharuan hukum Islam adalah tidak perlu. Mereka memaksa umat Islam untuk bertaqlid kepada mazhab-mazhab tertentu sahaja dan apa-apa perkembangan terbaru dalam tamadun manusia adalah suatu yang harus dikesampingkan dan ditinggalkan kerana ia kononnya tidak dirangkumi oleh syariat Islam. Sikap negatif seperti ini perlu diubah, pertama kerana para Imam Mazhab sendiri bertegas tidak memaksa umat Islam untuk bertaqlid kepada mazhab mereka dan kedua, para Imam Mazhab sendiri berubah-ubah fatwa mereka selari dengan peredaran zaman dan tamadun semasa kehidupan mereka sendiri.


7) BERALIH DARIPADA SIKAP EKSKLUSIF KEPADA SIKAP INKLUSIF

Eksklusif ialah sikap sukakan publisiti atau sikap mengunggulkan diri sendiri dan menyisih serta memperlekeh orang lain manakala inklusif ialah sikap merendah diri sendiri agar sama rata mencakupi semua orang.

Malang sekali sikap eksklusif, yang mirip kepada sifat Iblis yang enggan bersujud kepada Adam A.S telah menjadi ciri-ciri sebahagian gerakan Islam. Masing-masing mengunggulkan gerakan sendiri sehingga akhirnya menjadilah gerakan Islam sesuatu yang berpisah-pisah. Seharusnya sikap eksklusif ini dikikis dan diterapkan sikap inklusif yang bercirikan jamaah dan kerjasama win-win. Namun perlu difahami inklusif yang dimaksudkan disini tidak bermakna fasa dakwah dimasa berbahaya kepada dakwah itu sendiri. Terdapat banyak masa dimana gerakan Islam terdedah kepada banyak bahaya daripada pihak musuh atau ancaman, maka itu adalah persoalan lain.

8) BERALIH DARIPADA SIKAP BERLEBIH-LEBIHAN KEPADA SIKAP BERSEDERHANA

Islam agama pertengahan, apa yang berpisah daripada pertengahan ini disebut sebagai berlebihan (ghuluw). Agama pertengahan ini tidak condong kepada sikap remeh dan tidak juga condong kepada sikap fanatik. Sayang sekali ada di antara gerakan Islam yang condong ke arah meremehkan syariat Islam sepertimana aliran liberalisme.

Ada juga yang condong ke arah berlebihan seperti aliran fanatisme. Yang benar gerakan Islam berada di antara kedua-duanya kerana inilah jalan yang lurus dalam menghasilkan kejayaan sebenar.


9) BERALIH DARI SIKAP BERKERAS KEPADA SIKAP BERHIKMAH

Sebahagian gerakan Islam, kerana sikap putus asa mereka beralih daripada manhaj dakwah dengan hikmah kepada manhaj kekerasan dengan senjata. Mereka membunuh jiwa dan melakukan kerosakan harta benda yang akhirnya hanya akan menggagalkan secara keseluruhan usaha kebangkitan Islam. Seharusnya gerakan Islam memiliki sifat sabar dan bertahap-tahap. Tidak boleh menanam benih di pagi hari dan mengharapkan buahnya di petang hari.


10) BERALIH DARIPADA PERTELINGKAHAN KEPADA PERSATUAN

Antara faktor utama yang menghalang kejayaan gerakan Islam mutakhir ini ialah pertelingkahan sesama gerakan atas hal-hal khilaf dan dzanni (hokum yang samar-samar). Padahal syariat Islam mewajibkan umatnya sesuatu yang disebaliknya, iaitu bersatu dan jangan berpecah. Selagi gerakan Islam berpecah dan bertelingkah, selagi itulah kejayaan menjauhi umat ini.


PENUTUP
Gerakan kebangkitan Islam di Malaysia juga berada di tahap keremajaan dan sangat-sangat memerlukan bimbingan segera untuk mencapai tahap dewasa secepat yang mampu agar segala misi perjuangan mereka dapat membuahkan hasil sebaik mungkin. Cubalah adaptasikan 10 titik perubahan di atas dalam konteks kecilan pula seperti gerakan mahasiswa Islam, lantaran matlamat dasar dan halatuju pergerakan kita adalah sama.


Wallahu alam.
Tajuk asal kitab : Kebangkitan Gerakan Islam ; Dari Masa Keremajaan Menuju Kematangan ( As-Sahwah al-Islamiyah minal-Murahiqah ilar-Rusyd, Dr. Yusuf al-Qaradhawy)

Majlis Hari Raya JIM..!!


Saudara/Saudari dengan segala hormatnya dijemput ke Majlis Hari Raya Aidilfitri JIM

Pada
12 Oktober 2008 (Ahad)

Masa
9.00 pagi - 1.00 petang

Bertempat di
Ruang legar Ibu Pejabat JIM
Lot 300.3 Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur

Anjuran bersama
JIM Pusat & JIM KL

datang jangan tak datang...('o')!

Tuesday, October 7, 2008

Iftar Jamai'e Karisma Kuala Lumpur

salam....

setelah sekian lama tak dapat 'online'..akhirnya bertemu lagi kita di 'teratak' yang tak seberapa ni...


Iftar jamai'e dah lame berlaku..tapi kehangatan ukhwah masih terasa...ditambah pula dengan keberkahan di bulan ramadhan yang dirindui...jika diizinkan untuk bertemu kembali dengan sahabat-sahabat dari pelbagai IPT(UKMKL,IIC,USIM Nilai,PPUKM)...alangkah bestnye!!!


seramai 100 lebih ikhwah dan akhwat berkumpul di sekolah rendah Al-Amin,keramat,Kuala Lumpur pada 19hb september 2008....dibawah anjuran karisma Kuala Lumpur dan diamanahkan kepada karisma UKMKL untuk menguruskan perjalanan program... apa pun yang paling penting...dengan adanya program ni..ia menjadi titik tolak pengenalan kewujudan karisma Kuala Lumpur...


moga ukhwah yg terjalin..menyemarakkan lagi kehangatan dakwah di kampus... insyaAllah!

Selamat menjamu selera!!



akhwat karisma UKMKL


akhawat...!!!

Monday, September 15, 2008

MAJLIS IFTAR D RUMAH PKCK ZAINAL

Salam….alhamdulillah..sedar xsedar sudh 14 hari kte b’puasa….stlh kte mlepasi fasa rahmat kita msuk ke fasa maghfirah(pengampunan) & insya’allah ke fasa itqun minanar….

Jd, alhmadulillah ktorng ikhwh mndpt jmputn drpd pkck zainal utk b’IFTAR d rumahnye…j dap lg dgn snang ati nye ktorng pi lh b’buka di sane….ana b’same dgn 9 ikhwah y len dgn menaiki mpv yg d pndu oleh ana sndiri tbe d rumah pkck tpat 5min b4 azan…so, Alhamdulillah mnyelerekan juadh nye…..i2 bru yg utk boke pose,murah rezeki orng kte….b’same dgn ktorng gak ikhwah dr PPUKM…bese la..anak2 buah pkck zainal gak dlu…

Alhamdulillah....after that, ktorng smbhyg mghrib....dgn prut yg agk pnuh...n lpas 2..it's nasik time...Ya Allah mmg sdap mskn mkck zai....smpai tmbh due pggn...masyaallah...

Erm...aftr mkn..ktorng wt sdkt ta'aruf since lme x jmpe dgn ikhwh HUKM...n ad ikhwh2 bru....then sdkt tazkirah dr Al-Fateh....(x pdn dgn 1st year...bgus2..)mngingtkn ktorng tntg balance of study n dkwh....n tmbhn dr pkck zainal ckt....tntng kaf ba ra ka ta nun (keberkatan) masa...if we sincere in wat we doin', Allah akn brikan kbrkatan mase nh....halangan2 xde n snang je nk wt pape....

Aftr that, solat terawih cm bese...8 raka'at...witir...n sdikit tzkirah dr apek...tntng nikmat Allah....after that, ad lg more ckt...n b'bual mesra...

then, tibe lh mse mngundur diri....insya'allah ad rezeki taun dpn IFTAR lg kt cni....

"SYUKRAN, JAZAKALLAH KHAIRAN JAZA' PKCK ZAINAL SEKELUARGA"

p/t : taun dpn insya'allah ramai lg akan datang....amin

Thursday, September 11, 2008

saudara baru..saudara kita!


Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Hidayah Centre (Pusat Sokongan Saudara Baru) membawakan khas untuk anda;Majlis Berbuka Puasa Kali Ke-4"Saudara Baru, Saudara Kita"


Ayuh sertai! Mari menyumbang dengan membeli RM 100.00 satu kerusi atau RM 1,000.00 bagi satu meja.

Tarikh20 September 2008 / 20 Ramadhan 1429H (Sabtu)

Masa5.00 petang - 10.00 malam

TempatDewan Persidangan Utama, Kompleks Perbadanan Putrajaya


Aturcara Program

5.00 petang: Ketibaan tetamu

5.10 petang: Ucapan aluan Pengerusi Majlis

5.30 petang: Forum: "Ke Arah Memperkasakan Saudara Baru di Malaysia"

Panelis:Tuan Haji Dr. Ir. Ustaz Muhammad Fuad Yeoh (Timbalan Presiden MACMA)Ustaz Kamaruddin Abdullah (Presiden IPCI)Sister Latifah Tamerlan (Pendakwah Bebas)

7.15 malam: Berbuka Puasa dan Solat Maghrib

7.45 malam: Makan Malam dan Persembahan Nasyid oleh kumpulan Saff-One

8.00 malam: Perasmian

8.20 malam: Solat Isyak dan TarawikhDipimpin oleh: Tuan Haji Dr. Ir. Ustaz Muhammad Fuad Yeoh (Timbalan Presiden MACMA)

9.40 malam: TazkirahDisampaikan oleh Tuan Haji Ayub Abdul Rahman (Bekas Paderi Roman Katholik, Pendakwah Rabithah A-Alam Al-Islami)

10.00 malam: Moreh dan Bersurai


Dengan izin Allah Ta'ala, sumbangan umat Islam di Malaysia dan usaha berterusan pihak Hidayah Centre dalam membantu memasyarakatkan dan memartabatkan saudara baru ini akan melahirkan generasi saudara baru, saudara kita yang soleh dan musleh. Terima kasih kepada semua.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:Tuan Haji Nicholas (019-333 5549)

En. Dhany Sarip (012-930 7522) dhanysarip@gmail.com

Pn. Ummi Roses (019-238 6333)Ibupejabat JIM (03-4108 9669)


*Mohon bantuan untuk sebarkan mesej ini. Moga-moga amal kita diterima oleh Allah Ta'ala.